Info Lelaki
Walaupun Bertubuh Kecil Masih Boleh Bergaya
Lelaki yang mempunyai tubuh yang kecil bukanlah alasan untuk sentiasa tampil dengan keadaan selekeh.Tidak semestinya orang yang bertubuh kecil tidak mempunyai peluang untuk tampil dengan lebih bergaya.
Walaupon bertubuh kecil setiap orang mampu kelihatan tinggi dan bergaya dengan tip yang Izz dapat kongsikan.
1. Postur Badan ( Keadaan Badan) Mestilah Ditetapkan.
Baiklah postur badan korang perlulah sentiasa perlu dijaga dan dikawal terutama ketika berdiri dan ketika duduk dengan memastikan keadaan badan berada dalam keadaan tegap dan jangan terlalu membongkok terutama ketika berdiri atau berjalan ok.Untuk mengelakkan bongkok ketika berdiri korang perlulah cuba mendongak sikit dan berjalan dengan megah tapi bukan untuk berlagak pulak ok.
2. Kekal Berambut Pendek
Dengan gaya berambut pendek bagi orang yang bertubuh kecil amatlah sesuai dan korang mesti elakkan menyimpan rambut yang panjang kerana rambut yang panjang kerana tidak sesuai dan secara tidak langsung akan menutup bahagian leher dan ini menyebabkan badan dan kepala korang kelihatan bersatu so nampak pendek.So,gaya rambut yang panjang tidak akan membantu korang untuk kelihatan lebih tinggi namun sebaliknya kelihatan lebih rendah.
3. Pakaian Berjalur Tegak Diutamakan
Kebanyakan orang yang bertubuh rendah tidak ambil perhatian bab corak dan jalur baju ketika berpakaian. Pakaian yang berjalur tegak amatlah digalakkan kepada lelaki yang bertubuh rendah atau kecil kerana dengan berpakaian berjalur tegak ini membantu korang yang bertubuh rendah nampak lebih tinggi sedikit. Bagaimanapun, korang kena elakkan memakai pakaian yang bercorak kotak-kotak kerana tidak sesuai untuk orang yang bertubuh kecil tambah pulak corak kotak-kotak buat korang nampak makin rendah.
4. Pilih Satu Warna Tetap
Bab warna baju yang sesuai untuk korang bertubuh kecil Izz cadangkan pilih satu warna yang paling korang suka tidak kisah warna apa yang korang pilih asal nampak menarik bagi korang sudah cukup dan pastikan warna yang korang pilih kalau boleh biarlah sama warna atau "matching" dengan warna seluar korang sebab apabila baju dan seluar sama warna tubuh kecil korang tidaklah nampak sangat.So ni beri peluang kepada korang untuk nampak lebih tinggi sedikit.Dan warna yang lebih gelap Izz galakkan sebab warna gelap lebih menarik sedikit.
5. Pilih Fabrik Yang Lebih Ringan Dan Warna Gelap
Fabrik yang korang pilih mestilah ringan atau sederhana ringan sebab dengan fabrik yang ringan korang boleh kelihtan lebih tinggi dan sekali gus membantu korang nampak lebih kurus.Selain fabrik korang pun kena pentingkan warna sebab warna paling penting dalam pengayaan pakaian.Izz cadangkan warna hitam untuk lelaki yang bertubuh kecil sebab lelaki yang bertubuh kecil akan kelihatan seperti gemuk dan pendek so dengan warna hitam korang yang tubuh korang tidak akan nampak seperti itu namun disebaliknya korang akan nampak lebih tinggi dan kurus lagipun warna hitam merupakan warna paling sesuai untuk lelaki tampil kelihatan lebih segak.
6. Pakaian Mengikut Saiz
Saiz yang besar sentiasa menjadi pilihan orang yang bertubuh kecilkan? apabila korang pakai pakaian yang lebih besar dari saiz asal korang yang bertubuh kecil,ini menyebabkan korang akan kelihtan lebih pendek dan lebih gemuk secara amnya.So Izz nak kasi tips setiap kali membeli pakaian korang tidak semestinya membeli pakaian yang mahal sahaja untuk mendapatkan saiz yang sesuai tapi korang pilihlah pakaian yang sesuai dengan saiz korang dahulu kemudian baru korang bandingkan harga,jenama, dan kualiti barang itu.
7. Suka Mempunyai Otot
Pastikan tubuh yang sentiasa cergas dan berotot memanglah bagus tapi tubuh yang berotot juga korang perlu kawal juga sebab dengan tubuh korang yang sudah berotot tambah pulak bertubuh rendah atau kecil. Izz syorkan korang berpakaian tidak terlalu ketat dan fit kerana korang akan kelihatan lebih rendah dan kecil. So korang "just need make sure body" korang sihat dan langsing sudah cukup jadi tidaklah korang nampak terlalu kecil dimata orang ramai.
Izz harap korang faham aper yang Izz tulis.. Thanks..:D
No comments:
Post a Comment